27.9.10

Gua kena peluk, kena cium oh.

Oh! Hari ni dah masuk 18 Syawal. Bermakna sudah 19 hari gua kembali dari 'percutian' 6 hari gua di Cameron Highland (CH) tempoh hari. Gua ingat nak cerita sikitlah  apa perkara magik yang gua alami dekat sana.

Sebelum ni gua ada cerita sikit secara overview pasal 'percutian' gua ni dekat sini. Sepanjang 6 hari tersebut, gua cuma pakai RM 30 saja untuk minyak, makan minum, hidup pakai semua. Percaya tak? Tak percaya lagi sudah. Malas gua nak ulang sampai kali ke 140 juta. Lu kena rasakannya sendiri baru tahu.  Kalau rasa nak try, bagitahu gua. Bermula dengan perjalanan dari UTP menuju ke CH, kembali ke UTP semula sampailah pulang ke Parit Buntar (PB) untuk berhari raya. Hidup selama 6 hari itu cuma berkoskan RM 30 saja. Itu sememangnya jumlah yang kecil. Ha ha ha!

Oke cukup perihal RM 30. Sepanjang enam hari tersebut, gua habiskan masa 3 hari di kawasan pekan iaitu Masjid Tanah Rata. 3 hari seterusnya pula gua masuk kawasan pedalaman iaitu perkampungan orang Asli di Trisu. Pekejadahnya tak ada kerja gua buat di sini waktu orang lain semua sibuk-sibuk melakukan persiapan raya? Haa! Tak lain dan tak bukan untuk mencari keredhaan Allah SWT sambil-sambil memanfaatkan baki 10 hari terakhir bulan Ramadhan gua yang tak tahu tahun depan ada lagi ke tak. Bagi mualaf, Nabi SAW dalam hayatnnya akan beriktikaf di masjid pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan. Bukannya sibuk-sibuk di pasar raya membeli belah persiapan raya. Oh! Gua nak kata gua lelaki akhir zaman yang berimanlah ni? Ceh!

Di CH, semua orang tahu yang rumah-rumah, masjid-masjid, hotel-hotel kebanyakannya tidak dipasang dengan pendingin hawa. Ini kerana cuaca di sana yang sedia sejuk dan nyaman. Itu satu hal. Tapi apa yang semua orang harus tahu ialah mereka juga tidak bergantung kepada water heater untuk mandi pagi-pagi sebab badan mereka sudah kebal dan bebal. Woh! Nasib baik sebelum ni gua biasa duduk di kota London. Maka masalah ini perkara kecil bagi gua. Kah kah kah! Oke gua tipu.

Nak dijadikan cerita pada malam pertama beriktikaf di Masjid Tanah Rata, gua dah ditimpa ujian getir. Oh! Bukan ujian malaikat maut datang nak cabut nyawa. Bukan itu! Mungkin disebabkan terlampau penat drive kereta dari pagi dan kemudian tak tidur sampai ke tengah malam kerana menyempurnakan keperluan, jadi tidur gua malam itu cukup lena sambil dihinggapi angin nyaman mendayu-dayu. Dan bila gua bangun pukul 4 pagi nak bertahajud, gua kecewa dengan diri sendiri kerana mendapati gua sudah basah. Ciss! Kalau ada mimpi tak apalah juga. Ni basah free-free saja. Sangat merugikan.


Waktu itu gua dah mula berbelah bahagi. Nak tak nak gua kena mandi juga untuk meneruskan ibadah. Kalau gua meneruskan tidur, nyata gua memang tergolong dalam golongan cilakalah. Gua teringat balik apa niat gua datang sini. Gua datang sini nak beriktikaf dengan tenang tanpa kekacauan serta mencari keredhaan Allah SWT. Oh! Lalu gua menggagahkan diri mencapai tuala dan menelusuri jalan-jalan yang gelap gelita menuju ke tandas di belakang masjid. Pukul 4 pagi der. Dekat CH pula tu. Kambing CH pun tak nak mandi pukul 4 pagi macam tu walaupun dia dah duduk lama dekat sini.

Tak perlu kot nak cerita bab mandi. Semua pun tahu macam mana mandi wajib kan. Tapi ternyata sejuk yang menggigit sampai ke tulang rusuk itu memang tak dapat dilupakan. Sampai sekarang gua masih ingat. Gua anggap ni sebagai kasih Allah SWT kepada gua supaya gua dapat bertahajud dalam keadaan segar-bugar. Oh! Bila pulang ke kawasan tanah pamah ni, waktu Subuh-Subuh gua boleh rileks saja dengan suhu air semasa. Mungkin ini hikmahnya supaya gua tak rasa sejuk sangat mandi Subuh-Subuh dekat rumah gua kerana gua tahu ada tempat lagi sejuk airnya dari rumah gua.

Sepanjang di sana, gua cuba sedaya upaya me-limit-kan kentut dan kencing gua kerana situasi mengambil wudhuk menggunakan air yang sejuk macam ais itu sangat menyeksakan jiwa raga. Tapi Allah SWT juga Maha Berkuasa. Memang gua kuat kentut dan kencing di sana. Dan bila gua pulang ke rumah gua bersyukur kerana situasi itu menjadi asbab gua jadi rajin ambil wudhuk. InsyaAllah sekarang gua akan memastikan 24 jam gua sentiasa berwudhuk. Semoga gua istiqamah.

Ciss! Gua sebenarnya nak cerita pasal berpeluk. Oke straight to the point. Sepanjang beriktikaf di sana, gua pun berkenalanlah dengan banyak ahli kariah masjid. Macam-macam gua jumpa termasuklah 2-3 orang mamat dari Bangladesh yang merantau mencari rezeki di CH ni. Untuk pengetahuan, terdapat lebih kurang 12 000 imigran Bangladesh yang menetap di CH. Rata-ratanya bekerja di kebun-kebun sayur, hotel-hotel, buruh binaan dan sebagainya. Mereka ini sebenarnya sangat rajin dan taat kepada perintah Allah SWT. Mereka juga rajin datang bersolat di masjid. Ada juga mereka yang hafiz-hafiz Al-Quran.

Walaupun tidaklah semua mereka yang datang ke masjid bersolat, tetapi kita sebagai warganegara Malaysia harus malu dengan mereka kerana orang kita sendiri liat untuk memenuhkan masjid. Padahal kita selalu mencaci mereka sebagai pendatanglah, miskinlah, mat banglalah, apalah. Sungguh hati dan iman mereka lebih suci sebenarnya berbanding kita. Mungkin sebab kita terlampau senang dan kaya hingga kita langsung melupakan Allah SWT padahal kita tidak sedar bahawa Allah SWT-lah yang memberi semua nikmat itu. Istighfar banyak-banyak sikit.

Maka gua pun kenallah 2-3 orang Bangla ni yang dah macam ahli jemaah tetap masjid. Sembang-sembang, borak-borak. Sempat juga ajar mengaji kepada salah seorang dari mereka. Walaupun sesetengah mereka tak pandai mengaji, tapi mereka ada semangat untuk belajar walaupun usia mereka sudah lanjut (baca: dewasa). Berbanding dengan orang kita langsung meninggalkan Al-Quran tanpa dibaca. Hanya dibuat hantaran sewaktu majlis perkahwinan saja. Hampeh! Bagi mualaf, mereka yang tak tahu mengaji lalu mengaji Al-Quran akan mendapat 2 pahala. Satu kerana bacaannya dan satu lagi kerana usahanya untuk membaca. Jadi tak ada halangan untuk anda mengaji Al-Quran walaupun anda tidak pandai. Mari belajar mengaji bersama Ustaz Zamri di TV9.

Selepas habis 3 hari di Masjid Tanah Rata, gua pun transfer-lah ke kampung orang Asli di Trisu untuk menghabiskan masa yang berbaki. Gua malas lagi nak cerita pengalaman dekat kampung orang Asli ni. Lain kali kalau ada masa gua cerita. Hari kedua di kampung orang Asli ni, gua ditugaskan ke pekan semula untuk menyelesaikan sedikit keperluan. Oleh kerana hari sudah petang dan perjalanan keluar masuk kawasan pedalaman itu mengambil masa, gua dan beberapa orang lagi mengambil keputusan beriktikaf seketika di Masjid Tanah Rata supaya kami tidak terlepas solat Maghrib, Isyak dan terawih berjemaah. Maka gua pun terujalah nak balik ke sana jumpa pak imam dan para ahli kariah. Memang rindu walaupun baru sehari gua meninggalkan masjid berkenaan.

Selepas solat Maghrib gua pun berjumpa balik dengan mat-mat Bangla berkenaan. Pehh! Part ni memang gua tak tahan. Dia orang peluk gua ketat-ketat macam adik beradik tak jumpa setahun. Padahal baru 3 hari gua kenal dengan dia orang dan baru sehari berpisah. Dia cium pipi gua berkali-kali dan akhirnya gua menitiskan air mata keterharuan. Oh! Bagi mualaf, orang Bangla memang begitu. Sifat setiakawan dan keakraban mereka tinggi. Mereka sangat memuliakan orang lain. Gua pun terfikir, patutlah banyak gadis Melayu terpikat dengan mat Bangla waktu era zaman Shah Rukh Khan dulu.

Perkara ini membuatkan gua jadi lebih rendah diri. Betapa mulianya mereka walaupun mereka itu secara tipikalnya cuma pendatang, miskin, hitam dan blablabla. Gua tak kata. Kau oranglah yang kata. Ha ha ha. Inilah nikmatnya berpeluk Episod 2. Kalau tak faham kenapa gua menangis lepas kena peluk, baca di bawah dan klik pautan yang disediakan.

****

Dulu gua ada cerita pasal gua apply strategi peluk adik gua di sini. Nak tahu apa kesannya? Balik raya hari tu memanjang beliau suruh gua peluk, dukung beliau ke mana-mana. Tak sedar diri badan dah berat macam guni beras dan umur dah 9 tahun. Bila gua suruh beliau solat berjemaah dengan mak gua, dia malas-malas sambil berkata, "Abang dukung dulu!". Cilaka! Adakah gua dah ajar mengamalkan rasuah dekat budak kecil? Ha ha ha!

****

Suatu hari tu adik gua tu mabuk ke apa entah lepas buka puasa. Kira demamlah. Siap berlakon tenyeh-tenyeh minyak cap Kapak depan gua. Ceh! Ingat gua nak kesian? Gua pun cakap, "Hang sakit ke apa ke semua itu bukan alasan. Solat tetap solat. Solat itu perintah Allah SWT. Sakit macam mana pun kena solat. Kalau tak boleh berdiri, duduk. Dah habis solat doa dekat Allah SWT banyak-banyak." Beliau buat lembik lagi depan gua. Gua pun menggunakan strategi peluk lalu mendukungnya ke tandas untuk ambil wudhuk. Dan asbab peristiwa tersebut, beliau sudah pandai bersolat cara orang sakit di usia 9 tahun. Menarikkan? Lepas solat gua suruh beliau doa semoga Allah SWT menyembuhkan demamnya. Esoknya gua tengok beliau segar-bugar. Wow!

****

Suatu hari yang lain, gua suruh beliau solat lagi berjemaah dengan mak gua. Beliau tak mahu. Beliau bising-bising satu rumah sebab dompet beliau hilang. Duit raya semua ada dalam tu. Gua cakap, "Kool! Pergi solat. Lepas tu doa banyak-banyak." Sebelum ni dompet beliau hilang juga. Gua suruh solat, esoknya Allah SWT  bagi jumpa balik. Tiga empat kali gua pujuk beliau akhirnya beliau pun bersolat. Mungkin sebab beliau percaya kot dengan solat boleh jumpa balik. Lepas solat gua baca taklim ngam-ngam hadis pasal solat penyelesai masalah. Bila azan Isyak, kakak gua bising jumpa dompet beliau bawah kerusi. Fuhh! Gua tak janji, Allah SWT yang janji.


Oh! Cerita-cerita di atas tidak direka atau dirancang. Sesungguhnya solat adalah penyelesai segala masalah. Macam mana masalah nak selesai? Semua itu di bawah kekuasaan Allah SWT. Kita dengar dan kita patuh saja.

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

28 Komplen:

airazulaikha berkata... [Reply]

sumpah sweet!!

fye berkata... [Reply]

ceah ceahh ceah.dah 9 taun rupenye kau yee.

Myra Arshad (: berkata... [Reply]

HAHAHA.

tetiba aku rasa macam nak jadi budak kecik balik and jadi adik ko. huu. kan best ada abang macam ni =,=

Bijen M. berkata... [Reply]

AZ,
Gula terlebih.

Fye,
Yer Ceah.
Ceah dah 9 tahun.
(Rasanya)
Tak pun 8 tahun.
Ha ha ha.

MA,
Bersyukurlah dengan apa yang ada.
Ha ha ha.

af [ R ] ed berkata... [Reply]

haha, woi, ape ni cite cite basah nie. haha. bistu x mandi ke bos ? pas mandi leyh je tahajud kan ? ke susah nk carik tempat mandi dan mengambil masa ?

Bijen M. berkata... [Reply]

Af,
Gua rasa lu baca tak habislah post ni.
Heh.

Norhayati Rostam berkata... [Reply]

haha.
berminat dengan situasi Myra Arshad

Ibnu Mutalib berkata... [Reply]

jap, apsal adik hang tu.. perempuan kot... kalau laki jgn harap nak peluk2,haha

af [ R ] ed berkata... [Reply]

ouh ade lagi ke ? hahahaha. jap ek cik bijan. wahaha

ukhti,mardhiah berkata... [Reply]

=)bajet abang mithali lah tu....kata seorang kawan kepada saya slps membaca pos tuan...........dan saya pon berkata...tiada salahnya...=)....

aliaazuan berkata... [Reply]

Salam.

Lps ni citer karkuzari org asli pulak ye. Nk baca lg. insyaAllah ye :)

limauais berkata... [Reply]

macam best je aktiviti ko masa bulan pose.g CH lagi tu.
oh ya,mandi pagi (baca:mandi air sejuk) dpt menguruskan badan.hehe.

p/s:larat ke dukung adik tu?risau sbb abangnye kecik.hahaha.

|| A r a W a n i || berkata... [Reply]

masih ada rupanya lelaki yg macam ni, ehem! di zaman sekarang ni..

*tadahtangan*

ALHAMDULILLAH..

Bijen M. berkata... [Reply]

Yati,
Ha ha ha.
Bersyukur dengan apa yang ada.

IM,
Ha ha ha.
Kalau lelaki kena bagi layanan kejam sikit.

Af,
Ha ha ha.
Lain kali baca sampai habis-habis dulu.

UM,
Ha ha ha lagi.
Amat jauh sekali saya boleh dipanggil abang mithali.
Saya hanya cuba menjalankan tanggungjawab.
Bukankah ada 4 golongan lelaki yang tak dapat masuk syurga sebab wanita walaupun amal ibadatnya banyak.
Salah satunya seorang lelaki yang tidak menasihatkan adik atau kakaknya menjalankan perintah Allah SWT.

AA,
Salam.
InsyaAllah.
:)

LA,
Kalau orang kurus mandi air sejuk macam mana?
Patutlah aku kurus je kan?
Ha ha.

Ara,
Banyak lagi lelaki macam dalam petikan, malah lebih baik pun ada.
Insyaallah tak akan pupus.
Carilah.
Anda pasti ketemu.

Myra Arshad (: berkata... [Reply]

bersyukur. alhamdulillah. haila. *tgh imagine bukan2. comfirm aku mimpi malam ni* huhu

sweetie2010.blogspot berkata... [Reply]

Salam,

Bagus beriktikaf 10hari terakhir Ramadhan diMasjid. tak ramai orang buat macam tu. Ramai yg gi shopping sebenarnya. Aperpun memang mat Bangla ni rajin2 gi masjid.Mat Indon juga.kalau hari jumaat, walaupun dari site,mereka jln ramai2 gi masjid. orang kiter...dok tido dlm opis..

ziarah76 berkata... [Reply]

3 hari = RM30, maknanya sehari amirsab putus RM10 la

semoga Allah terima pengorbanan tuan.

mmg kalau terlalu penat bole tetiba basah...

terpaksa la mandi..hehe

:)

Bijen M. berkata... [Reply]

MA,
Pehh.
Karang basah karang.

Sweet,
Semoga hati kita dijauhkan dari menjadi hati yang lalai.
Islam mereka mujahadah.
Islam orang kita?
WA.

Z76,
RM 20 untuk 3 hari.
Lagi dua hari kami attach jemaah 40 hari.
Amirsab putus RM 5 saja sehari.
Ha ha ha.
Masalahnya mandi air beku Cameron Highland tengah-tengah pagi.
Fuhh hidayat.

AMMOSHAM berkata... [Reply]

bro, lu pergi satu tempat yang gua paling suka dalam dunia ni bro. nice story. gua setuju sangat pasal mat bangla tu. orang kita memang selalu hina diaoarang.

bro, lu kira tabligh ke? gua baru jee start baca blog lu ni.

huhu

Bijen M. berkata... [Reply]

Ammo,
Woh.
Lu minat Cameron Highland ke?
I see.
Eh.
Janganlah panggil gua tabligh.
Kecil hati gua.
Ha ha ha ha.

Mind.(^_^) berkata... [Reply]

keh2x.Menarik.(^_^)

Bijen M. berkata... [Reply]

Mind,
Keh keh keh.
:D

Tanpa Nama berkata... [Reply]

salam,
haah la sy po tertanya tanya cam ammosham gak..mr bijen nih keja ape? u seems to travel a lot.

Bijen M. berkata... [Reply]

TN,
Salam cik Anon.
Oh.
Kerja saya merantau di muka bumi Allah SWT.
:D

Tanpa Nama berkata... [Reply]

salam mr bijen,
izinkan saya gelak..hihihi
xpasal2 dpt name cik anon, cun2..
nway, teruskan perantauan anda, krn semua org tahu perantauan and itu adalah kerana menyampaikan hanya tentang DIA..(berbelit lidah nak baca).

Bijen M. berkata... [Reply]

TN,
Salam cik Anon lagi.
Tak perlu semua orang tahu.
Biarlah hanya Allah SWT saja yang tahu.
Ceewah lagi.

safwan seth berkata... [Reply]

layan layan

miza kimbum berkata... [Reply]

fuhhhh......!!

Related Posts with Thumbnails