27.12.10

Mimpi tikar sejadah.

Lepas solat Subuh di surau tadi gua jadi mengantuk sangat-sangat. Tak tahu apesal. Tapi nak tak nak rutin tetap kena teruskan. Benda-benda macam ni tak boleh dilayan sangat. Nanti lama-lama jadi kebiasaan, gua yang rugi. Lalu gua terus balik rumah, masuk bilik, duduk atas sejadah dan capai Mathurat.

Gua baca Mathurat pagi tu agak lama. Sebab baca, berhenti, baca balik, berhenti. Boleh pula time tengah baca terlelap. Sungguh menyedihkan. Dah habis baca tengok jam belum sampai Isyrak lagi. Nak teruskan zikir dah tak ada kekuatan. Akhirnya tumpas juga. Gua tertidur atas sejadah. Oh bagi mualaf, barang siapa yang kekal di tempat duduknya selepas solat Subuh dan menunggu sehingga waktu Isyrak kemudian dia bersolat, maka pahala haji dan umrah untuknya. Hari-hari boleh buat haji der! Tak mau lagi?

Tapi gua tak dapat stay dekat surau lepas solat Subuh, pasal surau tu muzium. Habis time kunci pintu. Belum jadi kebiasaan orang melepak dalam surau. Seganlah pula nanti pakcik-pakcik kata gua membazir elektrik lepak sorang-sorang dalam tu. Nanti dituduhnya gua buang tebiat nak lepak lama-lama dalam surau padahal gua muda lagi. Helo! Yang pakcik-pakcik dah beruban ni tak nak sedar-sedar ke?

Mimpi Di Subuh Hari
Dan ya! Gua bermimpi. Mimpi-mimpi zaman sekarang ni pelik-pelik. Tapi nasib baiklah mimpi tersebut masih berkisar dengan masjid lagi. Mungkin tanda dalam hati gua ada taman (masjid). Ceewah! Moga-moga gua tergolong dalam mereka yang mendapat lindungan arasy di hari akhirat kelak iaitu pemuda yang hatinya terpaut dengan masjid. Amin! Der! Penting der nak dapat lindungan arasy ni. Kalau panas dunia macam ni pun dah tak tahan nak berjemur tengah padang, dekat padang Mahsyar nanti lagilah. Matahari sejengkal atas kepala. Tak kan tak nak ada payung kot? Tapi terpulanglah kalau lu rasa kepala lu kebal tahap dewa. Lu boleh tahan panas rileks saja.

Tapi kali ni gua tak nak cerita pasal mimpi tadi sebab gua teringat mimpi gua beberapa tahun dulu yang sedikit sebanyak mengingatkan gua kepada alam akan datang.

Pengalaman Hampir Mati
Lu orang pernah lalui tak pengalaman hampir mati atau bahasa omputihnya, near death experience. Kalau lu pernah, sure dari pengalaman tersebut lu ambil untuk buat perubahan dalam diri. Ini kalau lu sedar dirilah. Tapi kalau lu tak sedar diri, nikmat Allah SWT tersebut jadi sia-sia. Sangat merugikan. Better lu mati saja time tu. Kan kan?

Oke nak dijadikan cerita, satu hari tu kakak gua suruh gua balik kampung hujung minggu tersebut. Gua dah lupa sebab apa gua kena balik. Time tu tengah belajar dekat UTPlah. Beliau macam paksa-paksa gua balik. Gua pun nak tak nak kena balik dengan tak rela hatinya.

Satu malam tu gua tidur macam biasa. Lalu gua bermimpi kering. Gua mimpi kereta yang gua bawa dalam perjalanan pulang ke kampung tu eksiden. Manakala gua mati di tempat kejadian. Wow! Scary sangat waktu tu. Mimpi tersebut buat gua fikir-fikir balik apa akan jadi selepas itu kalau gua betul-betul mati.

Keaiban Terbuka
Ya! Sudah tentu kalau tiba-tiba mati katak, gua tak sempat prepare apa-apa. Nanti bila barang-barang dekat hostel gua dibawa pulang ke waris habis kantoi segala barang-barang yang tak patut. Laptop gua dahlah ada banyak benda tak senonoh. Isk! Dan macam-macam lagilah. Itu baru bab aib. Belum cerita bab amalan. Adakah amalan gua dah cukup layak untuk dapat rahmat Allah SWT masuk syurga? Belum tentu. Sebab gua tak buat apa-apa persedian nak mati. Yelah! Gua muda lagi kot bro.

Bab aib di dunia satu hal. Nanti dekat padang mahsyar, ada skrin besar tayang segala dosa kita buat. Seluruh umat tahu aib kita. Apa cer? Tak malu lagi? Jangan ingat hari ni kita dah bijak sembunyikan segala dosa kita. Esok lusa belum tentu kita selamat. Setakat Amerika pun WikiLeaks boleh cerita. Inikan pula AllahLeaks. Siapa boleh halang?

Persediaan
Jadi kesimpulannya, mati itu bila-bila boleh jadi. Tak hari ini, hari esok. Bukan kuasa kita yang kontrol nyawa. Banyak je member-member gua yang dah masuk kubur. Turn gua je belum lagi. Bila nak sampai pun gua tak tahu. Mungkin malam ni time gua tengah berzina. Opps! Mungkin sekejap lagi time gua tengah drive kereta dating dengan makwe. Opps lagi! Semua itu rahsia Allah SWT. Sebab apa Allah SWT berahsia? Supaya kita sentiasa bersiap sedia. Kalau dah tahu tak surprise-lah ye dok? Dan bila kita mati, begitulah kesudahan kita untuk selama-lamanya. Kalau masuk syurga, syurgalah selama-lamanya. Kalau neraka, nerakalah selama-lamanya. Never ending story. Sanggup ke?

Dan siapakah antara kita orang yang paling bijak? Rasulullah SAW berkata, mereka adalah orang yang sentiasa mengingati mati dan sentiasa membuat persediaan menghadapinya. Bukanlah mereka yang ada degree, master, PhD dan sebagainya. Jadi cukup bijakkah kita?

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

34 Komplen:

alien berkata... [Reply]

mati itu pasti ...

hiro berkata... [Reply]

ana rasa itu pengajaran. ana mimpi jupe hantu..mengarut betei.

gua berjinak2 guna ana..keh2

Tuan Auz berkata... [Reply]

Mimpi mati.... erm tak ingat penah x.

tapi penah mimpi sekali nk kena patuk ular tedung direct kat muke puh~ tp sempat mengelak. scary gile. kalo mati time tu, tatau r.

Jasmin Flower berkata... [Reply]

salam?

saya baru jer mimpi, ade org nk bunuh saya ...arghhhhh

menusuk hati berkata... [Reply]

Agak2 bila lu mati?Kahakz!

Selamat menambah amal dengan ikhlas kerana Allah...Fiewwwiiitttt!!

Afida Anuar berkata... [Reply]

Bila pula giliran kita yer bijen?

PS:Gua pernah mimpi gua mati..

Nur Taufiqah Idris berkata... [Reply]

Ever watch movie "Inception"? The way how u want to get out from dream n get back to real life is by death.

I really recommend u to watch it:)
Nah,
http://www.youtube.com/watch?v=66TuSJo4dZM

ukhti,mardhiah berkata... [Reply]

ni entry y betul2 terkesan d hati mard y selalu berzina N swktu dgnnya ,bukn xthu tu slh,tp leka,xda kekuatan nk ckp
'jgn kcw aku setan' bila dh ada kekuatan,sushnya nk istiqamah
terpk jugk klw tbe2 mti.
'betapa aku akn hncurkn hati n kpercyaan abah'.sbb semua keaiban akn terbuka
aku xnk jd hipokrit,tolong Ya Allah.Aminn.

GigiWangi berkata... [Reply]

aku pernah jugak mimpi yang aku mati weh. mimpi jatuh bangunan, tapi aku sempat sedar. sedar je terus nangis2..

takut. sbb pikir amalan tak cukup jugak. tak nak masuk neraka weh.

skang pun aku tgk ramai yang muda2 orang sekeliling aku dah pi dulu. mungkin petanda kpd aku kot. Erk.
tapi kalau aku pi dulu, mak ngan ayah aku macam mana weh? sedih kan.. :'(

"Oh bagi mualaf, barang siapa yang kekal di tempat duduknya selepas solat Subuh dan menunggu sehingga waktu Isyrak kemudian dia bersolat, maka pahala haji dan umrah untuknya. Hari-hari boleh buat haji der! Tak mau lagi?"

Serious aku tak pernah dengar pun benda ni. Kira aku ni tergolong dalam golongan mualaf ah. Erk. Malu2.

Bijen M. berkata... [Reply]

ALI,
Setiap yang bernyawa pasti merasai mati.

HIR,
Enta ni banyak tengok cerita hantu.
Ha ha ha!

TA,
Pehh.
Macho gila mengelak.
Ada mengelak gaya Matrix tak?

JF,
Salam.
Wahh.
Buat ripot polis cepat.

MH,
Entahlah yob.
Semoga Allah terima amal kita.
Amin.

AA,
Esok.
Sebab Nabi SAW kata buatlah persediaan seolah-olah kita akan mati esok.

NTA,
Wahh.
Dah tak layan movie.
Sebab esok nak mati ni.
:D
Thanks btw.

UM,
Ingatlah orang tersayang selalu.
Dan ingatlah Allah SWT 24 jam memerhati kita.

GW,
Kadang-kadang mimpi jatuh bangunan ni ada maksud lain.
Jeng jeng jeng.
Dah dah.
Tak payah fikir orang lain.
Bila dah sedar ni, jom tambah amal sama-sama.
:D
Tak payah malu.
Ada benda yang aku tahu, kau tak tahu.
Ada benda aku tak tahu tapi kau tahu.
Kita kongsi, kita ingatkan sama-sama.
Ye dok?

BungaSahara berkata... [Reply]

Assalamu'alaikum...
disatu waktu, ketika sedang leka menonton tv, satu bayangan terlihat di mata ni.
satu gurun sahara, padanng pasir yg sungguh luas, dengan lambakan manusia tanpa seurat benang, berjalan dengan keadaan yg cukup menyedihkan dgn cuaca yg terlalu panas terik..yang pasti ana tak tahu mana tujuan nye. dan tidak semena2 air mata mengalir....yg terlintas di minda. itukah padang mahsyar???
yg pasti ia terjadi bukan ketika tidur...huhuu...
lepas je dari kejadiaan tu, HATI jadi takut... :(
mungkin ia adalah peringatan pada ana sgt khilaf ini... :(

nveil berkata... [Reply]

Oh, kamu diantara orang yang beruntung.

=)

Bijen M. berkata... [Reply]

BS,
Tu berangan namanya.
Tapi okelah berangan ke arah situ.
Moga Allah SWT bagi kekuatan kepada kita untuk buat persediaan.

NVE,
Oh anda beruntung kerana membacanya.
:)

BungaSahara berkata... [Reply]

eh..xla en.bijen..ana xberangan..sbb mse tu..mmg x fikir pe2 pun..mmg khusyuk duk tgk tv...vision tu tbe2 je...huhuu

GigiWangi berkata... [Reply]

weh, apa maksud mimpi jatuh bangunan tuh? alahai kau ni pun, cerita tak habis oh.

Tuan Auz berkata... [Reply]

Hahaha ni lebey hebat dari Matrix k En.Bijen. tp klaka kot pk2 balik.


Oh! PijiPiji tu dah meninggal dunia. Hehe, aku baru edit post.cite x abes lak kan. =P

Umma-ali berkata... [Reply]

Salam,
menyempil sikit...
cik(?) bunga sahara...
mmg ada org yg sama mcm awak...
btul, bkn berangan...
kwn saya penah tiba2 nmpk diri dia dalam api neraka masa tu dia baru abis solat, masih atas sejadah...
insyaAllah peringatan tu...bkn semua org dapat mcm tu...
ubahla diri...doa Allah bagi jalan yg betul...

huhu saya pun penah mimpi lps solat isyraq/dhuha...
jumpa "Kekasih"...
di masjid Nabawi...
sebelum tu naik kereta bersama...
2x mimpi...confirm ikut jalan yg satu ni...insyaAllah semoga kekal dalam taufiq hidayatNya...
dan kelak dapat berjumpa dia di kautsar, amin...

Bijen M. berkata... [Reply]

BS,
Wahh.
Rahmat Allah SWT.
Alhamdulillah.
:)

GW,
Mimpi jatuh bangunan ni sinonim dengan gangguan jin.
Tapi tapi tapi...
Ada juga orang tafsir bangunan itu ibarat agama.
Kalau kita tergelincir dan jatuh bermaksud kita akan tergelincir dari agama dan jatuh.
WA.
Tak berani nak mengiyakan.
Nauzubillah.

TA,
Ha ha ha.
Kool!
Oh.
Innalillah.
Moga ada saham anda.

Bijen M. berkata... [Reply]

UA,
Wahhhhhhhh!
Impian semua orang kot nak mimpi baginda.
Untungnya.
Mesti sangat kasihkan dia.

Ada satu kisah seorang mamat ni nak sangat mimpi Nabi SAW.
Dia pun jumpa seorang mamat yang alim ni.
(Dua-dua mamat ni lupa dah siapa)
Mamat alim ni kata malam ni makan ikan masin banyak-banyak lepas tu terus tidur.
Mamat tu buat dan dia mimpi dia cari-cari air nak minum.
Dia pun bengang sebab apa dia mimpi minum air banyak-banyak, tak mimpi Nabi SAW.
Lepas tu mamat alim tu kata, kau mimpi air sebab lepas makan ikan masin mulut kau kering sangat dahagakan air.
Sebab tu kau tercari-cari air dalam mimpi.
Kalau kau nak mimpi Nabi SAW buatlah perkara sama.

akubiomed berkata... [Reply]

Pernah bermimpi diambang maut, didalam mimpi tersebut saya menghalang perompak dari masuk rumah dan pada ketika itu juga pistol telah diacukan kepada saya. Memang mendebarkan walaupun bermimpi.

Umma-ali berkata... [Reply]

Hmm..masih gadis lagi masa tu...
kbnykn karkuzari rkn seusaha esp indons mmg slalu mimpi ms masih gadis..
lani nak gak mimpi lagi...lum dapat2...byk dosa ni...
macam mamat ikan kering tu laa...

sastraboy berkata... [Reply]

kalau mimpi kahwin, apa tandanya eh bro? hikhik.

Nur Taufiqah Idris berkata... [Reply]

I just want to share a little something.. Medically, when u have a dream as if u're falling (jatuh longkang, katil, bangunan, kerusi, dan adik beradik jatuh yg lain) it technically occur in stage 1 of sleeping i.e ur state of going into REM sleep (Rapid Eye Movement or simply said as deep sleep) but ur body eventually directly or indirectly hinder that to happen.. It's basically like hypnagogia i.e the state of wakefulness into sleep.. Psychologically, it happen most in people who are tired, stress, in a state of insecurity or inferior (not always, but mostly). In religious aspect, we can say that budak2 syaitan yang comot tu takmo bagi kita a good satisfying sleep, so we tend to sleep more and more and more.. WA^^

Bijen M. berkata... [Reply]

UA,
Haa.
Dah tak gadis, fikir abang saja.
Ha ha ha.

SB,
Lu banyak sangat berangan nak kahwin.

NTI,
Theoretically, good point here.
Depending on how you think and believe about that.
Ha ha ha.
Thanks for sharing btw.

roses berkata... [Reply]

takat ni mimpi gigi tercabut pon dah cukup mendebarkan dan tak senang duduk.T_T

rasa tak sedia lg nak pergi, mahupun untuk melihat org lain pergi.

moga dapat bersedia sebelum tiba waktunya.

mekasih atas peringatan anda.:)

matadore berkata... [Reply]

orang lain mimpi aku mati dah banyak kali.
aku je tak pernah mimpi aku mati.

perasan hidup lama kot.


Allahumma amitna bil'iman.

Bijen M. berkata... [Reply]

ROS,
Rasa tak sedia?
Sediakan segera.
Sebab Nabi SAW kata buatlah persediaan seperti kita akan mati esok.
:D

MD,
Orang semua benci kau ke?
Ha ha ha.
Amin Ya Allah.

aliaazuan berkata... [Reply]

Salam..

Dah lama tak mimpi. Something wrong gamaknya ni..

- zuriey - berkata... [Reply]

penah gak mimpi ngeri nak mati..mimpi dilanda tsunami..memang masa2 terasa sgt cam nyawa nak diambil

matadore berkata... [Reply]

eh , lupa nak sambung cerita.

yang mimpi aku mati tu yang sayangkan aku.
lepas bangun sedar dari mempi diorang nangis-nangis.


ke ke ke xD

dah jumpa windows pirate bro? keh keh keh

ank_ayah berkata... [Reply]

salam
ana pun slalu mimpi,slalu sgt..
smpi suatu masa tu bole plak kata.. ''mlm ni mimpi apa pulak'' huhu
tired of dreaming! O.O
tp rasanya tk pena mimpi mati lg kot..
mlm tadi mimpi ibu dan ayah kwen..lg erkkkk

Bijen M. berkata... [Reply]

AA,
Salam.
Ha ha ha.
Nak tahu sebab apa?

ZUR,
Wahh!
Mesti tengah sunbathing kat Bali time tu.
(Dalam mimpilah)
Ha ha.

MD,
Ciss.
Mesti kau buat nasi kangkang suruh dia orang makan ni.
Dah jangan cakap.
Gua dah give up.
T_T

AA,
Salam.
Haa.
Ni kes banyak sangat berangan ni.
Tak pun tidir tak basuh kaki.
Wahh!
Dia orang nak pergi honeymoon-lah tu kot.

Norhayati Rostam berkata... [Reply]

Huhu.
Lama rasanya tak menjenguk di sini.
Betul2 pernah rasa saat hampir mati.
Dah la time tu tengah sorang-sorang dalam bilik yang berkunci.
Dah siap mengucap dah.
Belum masanya tapi yakin mati itu bakal menjelma tak lama lagi.

Bijen M. berkata... [Reply]

NR,
Ha ha.
Jadi bagaimana persiapan?

Related Posts with Thumbnails