10.1.11

Main bini orang.

Mengimbau kembali zaman nostalgia. Lu orang mesti familiar dengan perkataan 3GP ye dok? Dulu-dulu bukan macam sekarang. Henpon spesis sabun dan daun tu dah dikira smart phone pada ketika itu. Dah boleh rakam video, mentenet guna GPRS dan sebagainya. Seseorang yang ada henpon smart waktu tu bolehlah dianggap kool. Sekarang? Orang dah tak pandang dah henpon sebegitu. Dah jatuh level henpon baling anjing. 3GP pun dah tak zaman. Sekarang orang layan AVI, MPEG, MP4 dan seumpamanya. iPhone dan BlackBerry pula mendominasi.

Tapi bila orang cakap 3GP waktu zaman tu, mesti semua orang serbu dekat tuan punya henpon. Zaman tu pula zaman legend mat rempit menarik cikaro. Daripada video wheelie, wikang, scorpion dan superman sampailah ke video yang bertajuk Bohsia Kampung Pinang, Main Dalam Taman, Lubuk Tupah The Series, Gadis Bertudung Pink, Main Bawah Tangga, Pecah Dara, Main 2 Jari, Makwe Kedai Henset dan sebagainya. Isk isk! Fitnah akhir zaman.

Kantoi Main
Tapi dalam banyak-banyak reality show tersebut, gua agak berminat nak cerita pasal video-video yang termasuk dalam label 'main bini orang'. Selalunya video dalam label ini dirakam saat pasangan yang berasmaradana tersebut kantoi bila si suami malang balik rumah tengok bini dia tengah main dengan orang lain. Lepas tu ramailah orang-orang kampung tunjuk hero keliling kapel tu nak tunjuk kuat. Lepas tu dengarlah suara si suami malang melepaskan geram, makian dan cacian kepada jantan brengset berkenaan.

Yang gua tak puas hati, kenapa si suami malang dan orang-orang kampung tunjuk hero ni nak pi penerajang bantai jantan brengset berkenaan teruk-teruk? Part tu yang gua tak faham. Pejadah nak pi pukul jantan brengset tersebut? Yang bini tu pula dok menangis teresak-esak kat tepi tak kena apa-apa. Paling kuat pun kena tolak kepala sebab halang si suami malang nak pukul kaw-kaw jantan brengset berkenaan.

Oke! Mesti lu ingat sebab jantan brengset tersebut sungguh cilake pergi main bini orang. Dah tahu bini orang nak pergi main lagi buat apa ye dok? Tapi lu tak fikir pula pasal bini tersebut yang tak sedar diri dia tu bini orang nak pi main dengan jantan brengset berkenaan apehal? Gua rasa si bini yang patut kena pukul paling kuat dalam kes ini sebab dia dah nusyuz. Bukannya si jantan brengset berkenaan.

Siapa Penggoda?
Dalam kes ini lu orang rasa siapa penggoda? Si bini atau si jantan brengset? Kalau si bini ini tak jalang, gua rasa perkara ini takkan berlaku. Kalau si bini tak goda, benda ini takkan berlaku. Kalau si bini tak menayang, permainan ini takkan berlaku. Oh! Sandiwara apakah ini?

Ya! Sebab si bini. Si bini yang terlebih jalang. Jalang macam mana? Jalang bila keluar rumah sesuka hati tanpa minta izin suami. Jalang bila mekap cantik-cantik bukan untuk suami. Bermekap supaya orang nampak dia cantik bila keluar rumah. Samalah juga pakai baju cantik-cantik bila pergi kerja, majlis keramaian, kenduri, shopping mall dan sebagainya. Tapi bila duduk rumah pakai baju Uniqlolo beli kat bundle je. Apa kes?

Ada pula bini yang aktif bepersatuan. Puteri itulah, srikandi inilah. Parti itulah, kelab inilah. Kalau yang suri rumah pula bila ke kedai jalan lenggok-lenggok serupa kucing berjalan bagai. Bini yang bekerja pula dress-up anggun-anggun pergi kerja lepas tu terlebih sosial dengan rakan sekerja.

So sekarang salah siapa? Salah jantan brengset itu lagikah atau salah bini yang jalang tak menjadi bini yang terbaik untuk suaminya? Oh nak tahu tak? Kecantikan orang perempuan ini hanyalah hiasan syaitan yang hinggap di kiri, kanan, depan dan belakang perempuan. Tambah pula yang bermekap, lagi banyak syaitan dok hinggap. Jadi kepada perempuan yang rasa dia cantik, jangan perasan kerana semua itu hanyalah hiasan syaitan semata untuk membuat mata yang melihat jatuh tergoda.

Si Suami Malang
Jadi kalau perempuan sebegini dikatakan jalang, bagaimana dengan nasib si suami malang? Suami sebegini dikatakan dayus. Sebab apa dayus? Sebab dia membiarkan kecantikan aurat dan bentuk tubuh bininya dinikmati lelaki lain sepanjang waktu pejabat ataupun di luar rumah. Sebab dia membiarkan isterinya balik lewat kerja tanpa mengetahui dengan siapa dia bersama. Dia membiarkan bininya bergaul bebas tak ingat ke dunia. Dan macam-macam lagilah ciri-ciri. Dan yang paling penting, dia tak bawa masuk suasana agama dalam kehidupan rumah tangga.

Habis si jantan brengset itu pula bagaimana? Bagi gua, si jantan brengset ini hanya seorang insan yang tewas dengan ujian dan godaan dunia dan wanita. Kerana wanita adalah sebesar-besar fitnah bagi lelaki. Der! Orang perempuan paling senang nak masuk syurga. Tapi orang perempuanlah paling banyak masuk neraka. Sebab apa? Sebab kes seumpama inilah.

"Dari tanda kebahagian anak Adam adalah memperolehi
wanita solehah (isteri dan anak)." - HR Ahmad

Dan oleh itu marilah kita sama-sama mengamalkan doa ini supaya terselamat dari bahaya fitnah melampau zaman ini. Bila nak bagi salam ke, nak jumpa ke, nak masuk mall ke, apa ke, bacalah ye.

Allahumma inni a'uzubika min fitnatin nisaa'/rijal
Ya Allah sesungguhnya aku berlindung denganMu dari fitnah wanita/lelaki.

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

65 Komplen:

Safwan Seth berkata... [Reply]

ada karkun pesan kat aku , kalau nk kawin,kawin dengan perempuan tidak bekerja. dayus klau bagi perempuan bekerja. lelaki lain boleh cakap2x dgn dia,,

ape pndapat encik bijan

Amira Amair The Poyos berkata... [Reply]

Bijen..

ko cerita mcm video yg abah aku tgk tu ja..yang rmai2 masuk dalam bilik..pmpuan tu doa tepi birai katil nangis..
Pompuan tu da sebut..tolong pakjang ke hape..hahahaha..yg over bkn laki die..mamt mana tah..hahahha

Ko lyn 3GP ek ms zman muda dulu..??hahahahahahah

roses berkata... [Reply]

sama2 salah saja.

kalau lepas berzina, timbul satu tanda atas dahi lelaki. jadi kalau dia berzina 2 kali, kua dua tanda.

mungkin keadaan agak berbeza sikit lepas tu.

selama ni perempuan je yg kene kesannya.T_T

jadik kpd perempuan2 yg teraniaya tu. digalakkan buat tanda besar2 atas dahi lelaki tersebut sbg bukti.

ukhti,mardhiah berkata... [Reply]

salam.
Tanda apa y saudri roses mksdkn ek?
Mard x fhm la..
explain ckit sudi x?
nak tahu sangat sangat ni

roses berkata... [Reply]

alamak.
itu teguran sinikal saja.T_T
contoh kuar nama2 perempuan yg dia dah berzina bersama.
takpun kuar tanda hitam beso kat kepala dia.

dlm erti kata lain.

indicator sbb dia jahat.:)
kalo die taubat nasuha baru ilang tanda tu.

ha ha ha.
itu hny pendapat jahil dr saya.
maaf ya.:D:D

roses berkata... [Reply]
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Bijen M. berkata... [Reply]

SS,
Haa.
Memerlukan huraian lanjut.
Nanti aku cerita.

AATP,
Jeng jeng jeng.
Mana boleh habaq.

ROS,
Memang sama-sama salah.
Kalau ikut hudud, kalau dua-dua dah kahwin, dua-dua kena rejam.
Tapi kalau lelaki tu belum kahwin, dia kena sebat saja.
Perempuan tersebut kena rejam.
Part tanda kat dahi tu tak faham.
Tanda macam manakah?
Tanda seperti lebam di dahi akibat sujudkah?

UM,
Haaa.
Tak faham, tak faham.

buDAK keCIK berkata... [Reply]

nak2 tyme period. lagi best setan2 tu dok gayut2 kt kita org ek. patot la lawa semacam je tyme period.

mknanya jantan2 dok terpesona dgn kecantikan wanita tu bkn kecantikan yg betul. tp tertipu dek pandangan setan~!

Nur Taufiqah Idris berkata... [Reply]

"Jadi kepada perempuan yang rasa dia cantik, jangan perasan kerana semua itu hanyalah hiasan syaitan semata untuk membuat mata yang melihat jatuh tergoda."

Macam quite too harsh this word.. I know it's right though, no offense. It's just, tak boleh fully classify beauty as hiasan syaitan.. It's a gift from Allah, indeed. One of the many tests (ujian) yg Allah bagi but in a form of "kelebihan".. Semoga yg cantik2 tu sedar tanggungjawab (and beban) dia on the gift of beauty she has.

Insya Allah.

Amira Amair The Poyos berkata... [Reply]

Tanda apa wei?
yg aku tau tanda kat dahi kaler hitam tu tanda org byk bersujud..
huhuhuhuhhu

BungaSahara berkata... [Reply]
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BungaSahara berkata... [Reply]

assalamu'alaikum...
emm... mmg kedua2nya slah..tp yg terlebih bersalah adalah sang isteri itu. Daripada hukum hudud pun dh boleh dilihat, hukuman nya lebih berat pada sang isteri yang perlu direjam daripada sang lelaki brengset yg blom bernikah itu yang hanya di sebat...

T_T jgn lah sy digolongkan sbgai wanita yang membawa fitnah dunia dan akhirat sprti itu...

mane lah imam muda ku nih...hihii ^_^ en.bijen ada nampak?

Bijen M. berkata... [Reply]

BK,
Wahh wahh.
Macam biasa kena kejar kerbau je.
La la la la.

NTI,
Everything is from Allah SWT.
Baik buruk semua datang dari Allah SWT.
Dan yang buruk itu diwasilahkan atas kelemahan diri kita.
Dan kelemahan saya, gunakan sentence yang too harsh.
Ha ha ha.
Oke sori.
Btw beauty of a women is for her mahram only.
Not others.

AATP,
Tengah menunggu jawapan juga.

BS,
Jangan risau.
Ada tu ada.
Mungkin sekarang dia tengah belajar syariah dekat El-Azhar.
Mungkin sekarang dia tengah buat dakwah dekat orang ramai.
Amin.

roses berkata... [Reply]

aiyok.
maaf ya.statement tergantung.
maksud saya KALAULAH selepas seseorang tu berzina, keluar tanda kat dahi tulis "AKU DAH BERZINA" atau apa2 tanda yg HUDUH sbg INDICATOR beliau dah berzina.[bukan tanda hitam sujud tu T_T]

mesti keadaan berbeza.takda sape yg berani nak berzina.:)

yang terjadi sekarang sebaliknya. perempuan yg terima kesan apabila kedua2nya berzina.

lelaki tak hilang ape2 pun?

Myra Arshad (: berkata... [Reply]

hahaha. 3gp jugak mamat ni. ceehh.

p/s : tak pa tak pa, semua laki cmtu kot zaman dulu - dulu. hehehe. dpt bole infrared pun dah kita gah~ haha :D

buDAK keCIK berkata... [Reply]

oit2. okeyh. ak terasa.

mklum la. ak ni sgt comeyl, sampai kerbau pn terpikat. kahkah

Lee Zha berkata... [Reply]

bagi aku lah kn, scr peribadi, suami xslh. tapi bini an laki tu la.

mcm kes2 la ni, lbh krg sm sal anak2 sosial. org kt mak bpk yg slh. xdidik bg agama.

btol ke? lau btol? knp awek2 ala2 ustazah byk murtad?

pokok pangkal suma bnd dtg dr minda dan cara pemikiran stp manusia tu sdiri. sb tu org kata

"tua jgn d sgka bpk, muda jgn dsgka anak"

xsmstnya bila usia meningkt, apa org tua buat suma btoi dan apa org muda buay suma slh.

pokok pgkal, akal dan cr pemikiran msg2.

zmn skg ada didikan agam o x sm je aku tgk. sb msg2 ikut hasutan setan. dah byk sgt tglkn pemikiran yg lurus.

Afida Anuar berkata... [Reply]

Gua rasa dua-dua salah, pompuan cilake dengan lelaki brengsat....kalau dua2 tak start, dan tak saling start, maksiat takkan berlaku..

gua rasa la...

Bijen M. berkata... [Reply]

ROS,
Ada satu cerita.
Zaman Nabi Musa ditimpa kemarau.
Nabi memohon kepada Allah SWT.
Lalu Allah SWT berkata dalam kelompok kamu ada seseorang yang berbuat maksiat.
Nabi mengumpul orang bertanya kepada orang ramai, tetapi tiada siapa pun yang mengaku.
Semua orang pun bengang.
Si pelaku maksiat tadi berasa serba salah.
Jika dia tak mengaku, kemarau akan berterusan.
Jika dia mengaku, habislah dia diaibkan.
Lalu dia pun berdoa memohon ampun kepada Allah SWT dan memohon agar aibnya tidak dibuka sampil menangis.
Lalu tiba-tiba hujan turun.
Nabi Musa terkejut lalu bertanya kepada Allah siapa orang tersebut.
Allah SWT berkata adakah Aku nak bagitahu sedangkan Aku sudah mengampunkan dosa orang itu dan menutup aibnya.
Wahh.
Panjang pula.
Lagi satu, semua orang akan buat silap.
Dan semua orang berpeluang bertaubat.
Kita sendiri dilarang membuka aib sendiri.
Masakan Allah SWT nak buka aib kita terang-terang?

MA,
Haa.
Infrared main game Snake.
Kool tu.

BK,
Ha ha ha.
Bila nak mengawan?

LZ,
Kalau kes macam tu, yang akan dihukum tentulah si pelaku zina.
Suami tak kena apa-apa.
He he he.
Betul tu.

Bijen M. berkata... [Reply]

AA,
Memanglah dua-dua salah.
Sebab dua-dua berzina.
Tapi yang gua tak puas hati si jantan brengset tu yang kena teruk.
Bini tu nangis-nangis kat tepi je.
Lepas tu siap halang suami dia pukul laki tu lagi.
Bengong apa tak sedar diri nampak sangat perempuan tu sayang laki tu.

~PENCHENTA~ berkata... [Reply]

salam. aku rasa peranan suami sebagai ketua keluarga kena tough. jangan ambil sambil lewa isu sosial sekarang. aja anak bini ilmu agama. kalau x cukup ilmu, b belajaq ramai2 kat mesjid. semua ni kena start lepas akad nikah. jangan tunggu 30 tahun kawin baru nk p belajaq agama. waktu tu entah apa jadi kat anak pun xtaw. WA

- zuriey - berkata... [Reply]

harap nanti bertemu jodoh dengan lelaki soleh yang boleh jaga saya dgn baik..perempuan ni memang cepat terpengaruh

z@i berkata... [Reply]

haa...kantaoi =p

siap ingt nama lagi.haha

xder iman sume punah. xkira lah laki ke pompuan

ye dok?

akubiomed berkata... [Reply]

Besar tanggungjawab sebagai seorang suami bukan setakat sahaja memberi nafkah zahir dan batin. Turut memberi didikkan dan bimbingan agama. Satu tanggungjawab dan amanah kepada si suami yang turut menanggung dosa si isteri dan zuriat

Bijen M. berkata... [Reply]

PEN,
Benar.
Suami kena main peranan penting bawa masuk suasana agama ke dalam rumah.
Macam mana nak bawa?
Tu kena belajar.
He he he.

ZUR,
Amin.
Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar.

ZAI,
Kena buat usaha atas imanlah yob.

AB,
Semoga anda berjaya dan tabah menjadi seorang suami yang cemerlang, gemilang, terbilang.

Nur Taufiqah Idris berkata... [Reply]

Hurm.. But Beauty of a woman tu bukan rupa je. Also her intelligence, her gracefullness, her confidence, etc.. Hendun (Abu Sufian's wife) is a very beautiful woman. Nevertheless, she involved in the war. Dia jelitawan, pastu isteri orang besar pulak tu.. Kalau pk logic kan bahaya.. Fitnah, dendam orang dekat dia (sbb Abu Sufian kan orang besar kafir Quraisy sebelum masuk Islam).. Plus, tentera Islam pun dah terdiri dari lelaki yang hebat2.. Tapi Rasulullah tak halang pun Hendun ikut perang. And in fact she was a truly great warrior. Ada sahabat dari jauh tengok ada one person who was so skillful with sword, bunuh ramai musuh, he thought that was a man. Bila pegi dekat, rupanya tu Hendun..

Sorry to share something quite out of topic, nonetheless, I believe women have to know this.. Takmo perempuan skrg ingat no matter what, no matter in any condition,biaq pi apa pun, yang terbaik utk dia adalah duduk baik2 dalam rumah semata- mata. Kalau ada ilmu, ada kelebihan (and kekuatan)and benda tu boleh bawa kebaikan & tak bertentangan dalam Islam, especially berdasarkan keperluan zaman yg kita hidup skrg, do make ourselves to do so..

^^

Afida Anuar berkata... [Reply]

Oooo..gua sokong gak statement lu bijen. kalau gua pun tak puas hati. Sama-sama puas tapi sorang kene belasah...ptutnya suami kene belasah bini dia yang paling teruk, bukan jantan brengset tu..

Dan..dua-dua patut kena sula. Jangan lelaki sorang je..

cis cis cis...pompuan cilake begini memang memalukan kaum gua betul!

aliaazuan berkata... [Reply]

Salam.

Syukur Allah dh bg psangan yg trbaik..
Spatutnya para suami perlu jaga tepi kain isteri, spya slmt dunia akhirat. Hmm. taktau la apa nk jd. Kita ni umat akhir zmn, itu pentingnya buat usaha dkwh, bljr cmne nak tgkatkn iman.

Nur Taufiqah Idris berkata... [Reply]
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
fuad ansari berkata... [Reply]

yang diorang dok terajang lelaki tu bagai nak rak tu apsal.. macam dah xder agama dah nampaknya... x boleh ke bersifat perikemanusiaan sikit.. apa selama ni diorang yg terajang tu x pernah wat dosa ke? Satu hari kalau kena kat batang hidung sendiri, baru tau langit tinggi ke rendah..

Jasmin Flower berkata... [Reply]

salam?

SAYA SETUJU DENGAN Nur Taufiqah Idris....dah anugerah tuhan nk buat mcm mana,,,,cuma seseorg tu kene pandai jaga kehormatan dirinya & bersederhana ....org yg muke cantik nie, pakai comot2 pun stil nmpk cantik...alah, mcm lelaki gak, kalo dah hensem (mcm tuan punya blog), pakai ape2 pun nmpk cantik.....ye dok

budak medic berkata... [Reply]

safwan seth "kawin dengan pompuan y tidak bekerja"..

biasa2 didengar..
"aku,kalau wife aku nk bersalin,aku nk doktor perempuan y islam sambut anak aku"

for me lah pompuan y bekerja tu bagus,selain dapat membantu ianya kadang2 memenuhi tuntutan fardu kifayah..
ya,being a doc kan,kena pegang semua orang,tak kira tua laki pompuan kalau utk rawatan..

ianya bukan tentang bekerja atau tak...
kalau si perempuan itu jenis y pndai jaga diri,maruah dan juga tahu hukum hakam..
i/allah semua selamat...

jangan ingat y dduk umah,jaga anak and makan minum laki tu tk bole buat kerja tak elok..
bole j,lelaki ada dimana-mana,

basicnya,hati...
ianya bukan kerja atau tak..

hainur hapis berkata... [Reply]

Hadis :

"Jangan kamu berzina dengan isteri jiran mu"

Nur Taufiqah Idris berkata... [Reply]
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Nur Taufiqah Idris berkata... [Reply]
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
hijabrockers berkata... [Reply]

Aku kata salah kita sbb tak gi kuar dakwah awal2. Kalau kita awal2 da tarik org supaya takut Allah, gerenti benda cmni tak jadi. Pehtu wat lak hukum hudud. Pergh....

Walaubagaimanapun kalau tolak tepi jap akuan bersalah kat atas ni, dlm kes ni, aku kata isteri tu salah total. Sbb hak suami dia tak reti jaga. Kot la laki tu jahat mana pun, kaki judi, kaki betina, tak bagi didikan agama ke apa, sendiri tak tau ka tanggungjawab kat suami? Giler ke apa?! Risau lak aku nak kawen. Ish. Bijen ko ni suka timbulkan isu2 yg membimbangkanla.

Na'uzubillahiminzalik. Janganla jadi kat aku ngan mana2 wanita pun kat dunia ni lagi. Amin Ya Allah. Mintak hidayat utk smua umat. Amin.

Anyway, btul. Ppuan baik duk umah je. Kot wat hal pun kat umah je. Senang sket laki ko nak cekup, cepuk ko laju2 ngan jantan tu skali. Kalau aku la jadi lelaki tu, on da spot aku cerai talak 17.3. Biar melolong kat situ.

hijabrockers berkata... [Reply]

Dan secara tiba2 aku rs sangat terganggu plak baca entry ni. Kesian btul kat diorang tu la =(. Iman sudeh keluar naik atas kepala masa diorang berzina. IMAN KELUAR. Kot la mati masa tu, adui tak masuk syurga sbb iman tarak. =(

Bijen siyes ar bijen. Ko ni suka tulis benda2 yg mengganggugugat ketenteraman pemikiran ar. Siyes. Rs mcm nak sentap je janggut ko laju2.

Amira Amair The Poyos berkata... [Reply]

Zaman sekrg ni payah jugakk...ajar la ilmu agama secukupnya..tapi kalo hati dia nk buat jugak..dia akan buat..jgn salahkan suami dia ka.mak pak ka...semua atas diri sendiri jaa..

Umma-ali berkata... [Reply]

Assalamualaikum wrbt,
Seriously this article is quite heavy upon an old lady like me... mmg nk elak bc bl tgok title je... during my times xde bende2 mcm ni jd bhn bacaan n fikiran...agaknya lah..
Tp rsnya ada baik saya bg komen skit krn mmndgkn korg semua pgkat anak2 i, kann...tolak tepi lah tajuknya MBO ni, geli geleman nenek ni nk sebut...huhu...
Sebenarnya saya sokong 100% hijab rockers, dr ptg td dok mikir2 apsal lah korg btengkar sapa yg patut dsalahkan, yg paling bersalah ialah diri kita sendiri yg dgn senang hati bole mkn minum tido walhal keliling kita ada mcm2 maksiat berlaku hatta MBO pun dah jadi mainan video utk dpertontonkn dlm hp...dan korg dgn senang hati lak bole layan ini mcm punya video!!!Pasni kena bwt hukuman hudud utk org2 yg dgn sengaja tgok video2 haram ni!
tgok contoh terbaik Nabi SAW apabila lalu di hadapannya jenazah seorg Yahudi, dia mengalirkan airmata.Sbb ape? sbb kt baginda SAW lbhkrg, seorg yahudi mati tnpa kalimah dan akn masuk neraka selama2nya, sedangkan aku ada bersamanya tp x dpt dkwh dia kpd islam...lbhkrg mfhum kisahnya...
dan bijen ni mmg cam hijab rockers kata, mengganggu gugat ketentraman fikiran jgk, sampai sy ni dok bdebar2 dada dr ptg td, tmbh truk gastrik kita dbuatnya!!!
lg kisah hudud ni, korg tw x, ms sorg wanita dtg mngaku tlh brzina, Nabi SAW btw sahabat2, pg cek pompuan ni samada akal dy waras ke x...bl dah cek mmg betul dy waras, Nabi SAW tnya kamu dah hamil? dy kata sdg hamil...Nabi SAW tangguhkan dulu sampai dia bersalin. Bl dah brsalin, dy dtg lg mnuntut utk dihukum, Nabi SAW kata biarlah anak kamu menyusu dulu sampai 2 thn...lps tu pompuan tu dtg lg, akhirnya Nabi SAW pun hukum dy dgn direjam sampai mati... dan sekali darah wanita ni terpercik kena salah sorg sahabat yg buatkan dy geli dgn darah tu, Nabi SAW besabda, bahwa taubat wanita ini jika dibahagi2kan, semua org di tanah hijaz akn diampunkan Allah SWT. Betapa tingginya taubat wanita itu... so, jgnlah kita memandai2 nak hukum org itu, org ini, sdgkn Nabi SAW sendiri ada kuasa nak hukum pun tak sampai hati, dan mcmna iman org2 zaman Nabi SAW yg sanggup utk dihukum sampai mati asalkan Allah ampunkan dan terima taubat mereka...
seperkara lagi, tentang wanita mmg ada hadith2 dan ayat Quran yg menyatakan tentang fitnah wanita ni, dia adalah jala/perangkap yg syaitan gunakan utk lelaki...dan apabila wanita keluar dari rumah maka berduyun2 syaitan bertenggek di badan dia, di punggung, di rambut, di mata, di pipi, pendekata di mana2lah ada je setan ni bertenggek, yg menambahkan kecantikannya yg sebenarnya tak le cantik manapun...jadi kita usaha lah agar setan ni tak jadikan kita jala utk prgkap llaki. dan llki plk tolonglah reti bahasa, tak meleret2 kalau tgok pompuan sampai naik juling mato!!! haa, bc lah doa yg di ajar utk slmt. yg pompuan pun xleh tgok llki meleret2 jgk...sama je laa natijahnya nanti...
seperkara lagi pompuan ni x tau nafsu llki, esp anak2dara ni. dy kata alaa sapa srh pandang kita? dah klu pakai seksi mmg org xnk pndang pun mesti terpandang jgk, pak aji yg pakai serban pun bole terangkat serban...kat dunia kita selamat, kat akhirat sok kita akn di soal, knp kita susahkan dorg nak khusyuk dlm solat sbb bl agkat takbir je dah terpampang wajah kita bkn nak ingat Allah Maha Besar!!!

Bijen M. berkata... [Reply]

PQA,
He he he.
Bab ni kita akan diskusi lebih panjang di masa akan datang.

AA,
Rilek-rilek.
Kalau ada teman-teman tu nasihat-nasihatlah ye.

AA,
Salam.
Aah.
Lepas bawa balik suasana agama masuk dalam rumah dan hati anak isteri.
Lepas tu anak isteri ikut sekali buat usaha agama.
Aman dunia.

FA,
Nombor satu, ego.
Nombor dua, syaitan.
Siapa tak hangat tengok bini main dengan orang lain.
Tapi itulah ujian nak uji tahap keimanan.
Yer dok?

JF,
Salam.
Hai hai cikgu.
Jangan buat cerita rekaan kat sini.
Hensem celah mana pula.
Nasib baik cerita pasal hensem lelaki.
Kalau cerita pasal cantik wanita, sedap suara wanita tu dh kira dedah aurat.

BM,
Haa.
Yang ni pun akan dikupas di edisi akan datang.
Sabor ye.

HH,
Terima kasih atas perkongsian itu.

HR,
Ha ha ha.
Baguslah ada fikir risau.
Jangan fikir senang saja.
Janganlah sentap janggut aku.
Dahlah tak seberapa je.
Tak kesian ke kat aku?
T_T

AATP,
Ilmu banyak kalau tak amal tak jadi juga.
Semua orang tau cara solat tahajud, tapi berapa ramai yang bangun tahajud?
Allah nak hitung ilmu atau amal kita?
Semua atas diri sendiri.

UA,
Waalaikumsalam WBT.
Sabor nenek.
Dunia ni memang banyak dugaan.
Ke ke ke.
Uih.
Video MBO ni bukan part *tut* tu.
Video ni scene suami pergi pukul laki tu je.
Part *tut* tu tak ada.
Fuhh!
Dah.
Nak insap kejap.
:D

budak medic berkata... [Reply]

hijabrocker:
"kalau aku jadi laki,aku talak 17.3"
dan kerana sbb itu lah talak itu terletak di tangan lelaki..kerana lelaki lebih rasional.

lelaki ni dikurniakan 9 akal,y bole digunakan utk membuat pertimbangan..

dan dalam kes ini,aku tk ckp salah total mana2 pihak..

selagi mana seorang perempuan itu tidk berkahwin,dia adalah tnggunjwb bapa,bila sudah berkahwin,tanggunjawab tu pada lelaki...

nilai lelaki tu pada tahap kesabaran dan kematangan dalam buat keputusan..

when u wife flirt with another man,don't just simply said she lust or whatever,cuba fikir..
"aku dah tunaikan tanggnjawab aku k,didikan,rohani,jasmani"..
kalau dah kenapa wife aku jadi macmni..
u faild or she just too sturbon.

pompuan ni gentle,soft,dan laki hadir utk jaga dan protect pompuan..
be rasional lah...

jaga wife elok2,tu tanggunjwab y akan dipersoalkan ,ditimbang di akhirat..
if dia buat salah,tanggunjawab kamu utk betulkan,if dia tk tahu,tanggunjwb kamu utk beritahu..
it's not easy to be man..

tentang agama dan hidayah..
i don't wanna comment..

semua orang bukn dtg dari persekitran y beragama,didikan yang diterima tak sama..
dan sbgai manusia..
ingat..
"hati manusia Allah y pegang"..
hidayah tu Allah y bagi..

zina,bunuh adalah antara dosa besar.
one of tokoh islam dulu (maaf ya tak ingat nama) y tanam anak pompuan dia hidp2 pun kembali pada jalan benar bila Allah titipkan hidayah..tu kuasa tuhan

hope u all,think b4 letakkn salah tu pd sapa2..
we all muslim,and we should help our brothers n sisters as best as we can..

Bijen M. berkata... [Reply]

BM,
Once I heard in a ceramah that ustaz rephrase, "Aku alim. Bini aku ustazah. Semayang tak tinggal. Didikan dah bagi cukup-cukup. Tapi kenapa anak aku masih bebal?"
Then he continue, this is because of Allah SWT nak tinggikan maqam mak bapak tersebut.
Uji dengan anak yang bebal.
Tahap mana mak bapak tersebut boleh tahan ujian tu.
But in the last mak bapak will safe.
Anak dia will receive the punishment in the hereafter.

Umar dulu pernah bunuh anak. (Mengikut story yang femeslah. Tapi ada juga orang pertikai. WA.)
After that he became the khalifah.
Hidayat milik Allah SWT.
But one thing to consider, Umar killed her daughter during Islam not spread yet.
There's no hukum on that.

And when this "MBO" things happen, and we bring it to the pengadilan, it's said in Quran which penzina yang dah berkahwin dihukum rejam and for those who not married yet disebat.
It's up to pemerintah nak jalankan hukuman or tolerate with that like Nabi SAW act in the story by UA above.
WA.

Jasmin Flower berkata... [Reply]

salam?

hakikatnya dua-dua salah ..... moga allah memberi petunjuk pada kita semua...amin...

tang suara tu, memang lah aurat pompuan....x de siapa yg menafikan....

budak medic berkata... [Reply]

tentang umar...ianya tentang hidayah bukan hukuman pada perbuatan..
bunuh dan zina mmg dosa besar..

just wan to say that sejahat-jahat mana pon manusia sehingga sanggup membunh anak..
jika hidayah allah itu datang..dia akan tetap berubah..

dan jika hidayah itu tidak datang,seperti bapa saudara rasullah SWT,y selalu membantu dakwah,tapi tidak mati dalam islam...

hidayah Allah y bagi,minta dan pertahankan lah..

menusuk hati berkata... [Reply]

main bini org ke main isteri orang?Saling bermain-mainan...

EH?sekurang-kurangnya hp sabun aku boleh jadi remote tv walaupun dh kurang canggih berbanding BB=blackberry cina

aliaazuan berkata... [Reply]

Salam Piqa...

Erk, masyaAllah...
"kami budak baru bljr, kalo salah tolong tunjukkan..."

Nur Taufiqah Idris berkata... [Reply]

Salam.. Kak Alia..
Nape? Piqa ada salah cakap ek..
huk. sorry...
Let me know on things of which I splurted out wrongly. Very sorry..
:(

Nur Taufiqah Idris berkata... [Reply]
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
aliaazuan berkata... [Reply]

Piqa...

eh tkde pape la..cuma nk bgtau diri ni pun byk kkurangan, so takyah jeles dgn akak lah. Tu jeh, hehe.

Bijen M. berkata... [Reply]

JF,
Kalau cerita pompuan sekian-sekian ni body cantik sampai kami yang lelaki ni rasa nak tahu, kira sama juga dedah aurat.

BM,
Seorang pelacur pun dapat melahirkan Nabi dari perutnya.

MH,
Weh.
Macam mana buat jadi remote?

AA,
:)
Peewit!

PQA,
Debate creates heat.
Heat is the way for syaitan.
Ya Allah ampun dosa kami Ya Allah.
Islam bukan agama berdebat.
Islam agama beramal.
Siapa yang beramal, dia dapat ganjaran.
Sebab Islam dari dulu sampai sekarang sama, tak ada perubahan.
Tak ada apa nak didebatkan.
Kadang-kadang kita banyak debat, tapi amal kurang.
Ampun kami lagi dan lagi Ya Allah.
T_T

Umma-ali berkata... [Reply]

Salam,
teruja nak komen skit tntg 1st comment about apa tu, lbh baik kawin dgn istri yg x bekerja...weh, trpulang kpd masing2lah, kan... kesian lah kat adik2 kita yg sdg bljr ni, mcm nk promote spya jgn kawin dgn depa je...sabar yea dik! mau tak hangin ye dok? well, i was like that too, ms tgh study ada sorg bro ni asik la provoke kita, ala buang masa je, susahkan diri, sok pompuan tmptnya mmg kat dapur..skli dua, sabau lagi, tp bl hari2 kena sound nak jg jwb...sok2 anak pompuan ko, jgn sekolahkan, ajar masak je... ni bapak aku tinggi hrpn utk aku, ko plk kata camtu!!! mmg hangin btul!!! hehe mcm taufiqah n bdk medic n yg sewaktu dgn mereka laa...
tp Allah punya kuasa, ekonomi down n xde kerja available, akhirnya jadi penganggur jgk...
so what matters now, bl kt bljr, apa amanah kita? habiskan bljr, kan? so, habiskanlah... lps tu serah pd Allah...
mcm saya lah, bl x kerja alhamdulillah lebih mudah nk urus r.tangga n alhamdulillah ada ketenangan...dibanding dgn org2 yg bekerja...once we had a reunion, i was like inferior lah, ye lah kgkawan semua dah bigshot, mak datin pun ada, prof pun ada...but one of them said, if i can choose, i'll quit my job...lps subuh pg keje, lps mgrib bru smpai umah...there's no life for me...but i need to pay this n that...and actually surprisingly many of my frens did quit n became home managers...
so, itulah kehidupan...when we are young we fight! but young is only temporary...in the end we'll surrender...

"those were the days my fren...
we thot i'd never end...
bla bla bla...
we take the life we choose,
we fought n never lose,
for we were young n sure to hav our way..."

but now when we're old...then only we cry for the days when we were strong but we did nothing for the hereafter...la ni nk solat sunat bbyk, lutut dah sakit...nk bc quran mata dah rabun...

ok la that's about all...
i had my time n losses...
i hope u people will remember...
muda hanya sekali,
gunakanlah tenaga muda utk berbakti kpd agama...

nak jadi doktor ke hapa,
tak kesahle...tp itu sume utk hidup yg 60, 70 thn...
akhirat infinity...
fikirkanlah!
dunia jambatan utk ke akhirat...

wassalam, maaf jika ada yg tersinggung...

menusuk hati berkata... [Reply]

ada installer suma beres..waktu solat?Hadis?tafsir?quran?GPS?FB?arah kiblat?Penghalau nyamuk?....

wlupun 2nd hand dan dijodohkan dkt loyat,drmu setanding blueblackberry,en sabun..

P/s:selain 3gp bini org,3gp apa lg hang tgk?Hakz!

aliaazuan berkata... [Reply]

Erm, tak hbs2 lg diorg ni berdebat upernyer. Ingatkn dh hbs. Tuan Bijen, cpt tukar tajuk baru!

Nur Taufiqah Idris berkata... [Reply]
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Nur Taufiqah Idris berkata... [Reply]
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Bijen M. berkata... [Reply]

UA,
Yeah!
Nenek Rules!
Ha ha ha.

MH,
Mana ada sama.
BBB tu tak boleh install software apa pun.
Paling hebat ada WiFi dengan TV.
Itu saja.
Tapi gua tetap bersyukur.
Ha ha ha.
Awat?
Hang nak blutut ka?

AA,
Ha ha ha.
Darah muda.
Biasalah.

PQA,
Rilek-rilek.
Dah ada amanah belajar tu, teruskan belajar.
Adalah masanya nanti nak guna semua tu.
Nanti ada masa kita kupas lagi cerita kedai kopi ini.
Ha ha ha.
Btw, sejak bila pandai panggil Hafiz ni?
Belajar mana nama orang Hafiz ni?
Hish.
Habis dah tak anonymous dah.
Ha ha ha.

Tuan Auz berkata... [Reply]

Bini tu kena pancung jew ~ haha.

Aah kalo x bertepok dua tangan, xkan bunyik kn.

=D

Menarik. tiba2 buat aku smgt nk jadi isteri solehah. walopon skrg xberapa nk solehah...aku akan berusaha! houyeah!! +D

Bijen M. berkata... [Reply]

TA,
Haa.
Chaiyok chaiyok!

Tanpa Nama berkata... [Reply]

assalamua'laikum,

apabila membaca this entry, saya teringat akan pergolakan yg pernah berlaku dlm rumah tangga saya sebelum ini. Semuanya kerana 3GP. Sebelum ini saya tidak pernah menjangkakan suami saya seorang yang sangat ketagih kepada 3GP. Saya benar2 tidak sangka. Sebelum itu, saya sangat hormatkannya sebagai seorang suami, bahkan seorang yang tidak pernah tinggal solat dan ibadat lain. Namun, setelah terjadinya perkara itu, Allah swt telah mencabut rasa hormat saya padanya. Dia selalu berkata, dosa sunyi diri, jika tidak didedahkan pd org lain, Allah swt akan ampunkan. Memang benar, ttp, tahukah dia, Allah sendiri telah membuka keaibannya dan isterinya telah melihat perbuatannya lalu isteri hilang rasa hormat pdnya. Allah swt tlh mmbuka aibnya dalam keluarganya sendiri. Adakah dia sengaja mempermainkan tuhannya?katanya"ala, dosa ni hanya aku dan allah saja tahu, nanti aku taubat, allah ampun". Oh, masih tidak takut dia pada tuhannya. sedangkan tuhannya lebih dekat dengan dirinya dan sentiasa melihat akan perbuatannya. Seorang beriman, dia mesti ada rasa takut. rasa takut untuk buat mksiat, malu utk buat maksiat.

Kemudian, saya cuba percayakan suami saya kali kedua kerana percaya, dia sudah bertaubat. Namun, setelah beberapa lama,rupanya kepercayaan saya sekali lagi dipermainkan. ketika saya sedang sibuk belajar di kelas, dia seara diam2 melihat video 3GP. Oh! Apakah ujian ini, Sungguh berat bagiku. Seorang isteri yang pulang setelah habis sesi menuntut ilmu melihat suaminya bermaksiat dan melihat dan ghairah dengan aurat perempuan lain. Bayangkan keadaan hati dan perasaan saya masa itu. Sungguh remuk.Kepercayaan kali kedua dimusnahkan. Lelaki dia tidak berfiir, tindakannya dengan melihat benda2 yg haram itu membawa kemudaratan padanya. Allah akan hilangkan rasa hormat isteri dan anak2 padanya. Masa tu dia rasa sedih, marah kerana isteri tidka taat, tetapi semuanya berpunca daripada dosanya sendiri yang dia fikir "takpe, ni dosa sunyi diri, hanya aku dan allah saja yg tahu"..inilah akibatnya...isteri sangat sengsara. Setelah itu, dia menjadi seorang yg sangat takut akan godaan wanita ini. Wanita2 yg dijadikan panahan syaitan di luar amat membimbangkannya. Dia tidka tenang. Hidupnya penuh syak wasangka terhadap suaminya. Semuanya kerana suaminya telah musnahkan kepercayaannya. Suaminya selalu kata" isteri terlalu mebgikutkan perasaan". Ya. memang isteri terlalu ikutkan perasaan krn dia terlalu takut dengan dosa suaminya sendiri. dia penuh syak wasangka. pernah dia terfikir, jika suami suka sangat lihat aurat wanita lain, biar aku buka aurat aku juga di luar sana. "Apa? ingat aku tak cantik ke di mata lelaki lain?" itulah luahan seorang isteri yg sengsara dgn perbuatan sunyi diri suami sendiri. Seorang yg menutup aurat dgn sempurna sehiingga sanggup menyatakan begitu kerana sengsara pada dosa suami ini.

Tanpa Nama berkata... [Reply]

Namun, Alhamdulillah, Allah swt maha mengetahui. Allah swt maha pemberi taufik hidayah. Allah swt masih sayangkan kami. Hari demi hari, saya melihat suami saya ada keinginan utk berubah ke arah kebaikan. dan saya juga allah swt bagi taufik hidayah utk terus mengenakan hijab, jaga diri dan tawajuh padaNYA. Selalulah solat hajat dan doakan diri sendiri agar tidak mjdi anak panah syaitan dan suami tidka terpanah dek syaitan melalui wanita-wanita lain. Duhai para suami, bidadari dan ketua bidadari di syurga lebih jelita dan seksi dari wanita-wanita hina di dunia ini. Wanita yg tidak menutup aurat diluar sana, yang murah harganya tidka berharga apa2 jika dibandingkan dgn bidadari syurga. Korbanlah, Telanlah, Tundukkanlah nafsu terhadap wanita di dunia ini, nescaya engka akan memperoleh bidadari dan ketua bidadari di syurga. Jika kamu terlalai dan tegoda dgn panahan syaitan di dunia ini, nescaya tempatmu di neraka, dan tidak ada bidadari di neraka. Selama2nya kamu akan sengsara! SENGSARA! Yakin dan tawajuh pada Allah, moga Allah kurniakan taufik dan kesolehan dalam diri kita. Wanita dan lelaki kena sama2 menjaga pandangan dan kehormatan.

Alhamdulillah, asbab usaha agama ini, suami saya sudah boleh tinggalkan semua 3GP yang menjadi ketagihannya satu masa dahulu. Apabila fikir agama masuk dalam rumah, fikir dunia akan keluar dan hancur. Bagi para isteri, sangat penting utk istiqamah menjaga taklim di rumah. Taklim itu sumber nur dalam rumah. Apabila anda istiqamah taklim penuh hari2. insha Allah, tidak lama kemudian, anda akan melihat perubahan suasana dalam rumah tangga anda. Sakinah mawaaddah. Alhamdulillah, kini saya kembali menghormati suami saya, menyayanginya dan sudi berkhidmat padanya. Sesungguhnya dengan taat agama, hidup semua manusia akan tenang...

Nabi saw bersabda"Tidak sempurna iman seseorang sehingga nafsunya tunduk pada agama yang aku bawa.."...

::WAnita dan lelaki tidak perlu saling menyalahkan, masing2 pergi buka Al-QUran dan teliti dalam2 surah An nur ayat 30 dan 31. Fahamkan, doa, amalkan dan dakwahkan ayat tersebut. insha allah akan selamat dunia dan akhirat.

Waalahua'llam.

Assalamua'laikum....

Bijen M. berkata... [Reply]

TN,
Waalaikumsalam.
Subhanallah.
Sangat bagus ini.
Terima kasih untuk perkongsian jujur ini.
Mungkin Allah SWT nak uji kita dengan ujian yang maha dahsyat supaya tinggi makam kita di sana.
Alhamdulillah kakak tabah menempuh dugaan yang mendatang.
Semoga kita semua sentiasa dilimpahi taufik, hidayat dan rahmatNya hingga akhir hayat.
Semoga family kakak terus bahagia sampai ke syurga.
Amin.

Tanpa Nama berkata... [Reply]

amin..terima kasih atas doanya.

Bijen M. berkata... [Reply]

TN,
:)

paranoid android berkata... [Reply]

kuangkuangkuang

Bijen M. berkata... [Reply]

PAR,
T_T

Related Posts with Thumbnails