12.5.11

Phir bhi dil hai Hindustani

(My heart is for Indian)

Pertama sekali bersyukur kepada Allah SWT kerana masih bagi peluang kepada kita menulis dan membaca. Terus kita panjatkan selawat kepada Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat dengan asbab pengorbanan mereka hari ini kita dapat mengucap kalimah Lailahaillallah.

Kat sini gua nak speaking Hindi dan Urdu sikit. Sila abaikan kejituan translationnya kerana gua belajar Urdu bukan dari cikgu Urdu.

Kat sini bahasa Hindi merupakan bahasa rasmi orang India manakala Urdu merupakan bahasa rasmi umat Islam di sini. Lebih kurang saja cuma ada beza sikit terms. Urdu ni terms dia lebih ke arah bahasa Parsi dan Arab. Tulisannya sebiji macam Jawi. So kat sini gua boleh training tulisan Jawi juga ajar deme bahasa Melayu.

Pembetulan, gua silap kasi info hari tu. Sebenarnya gua keluar area Sitamarhi yang terletak di negeri Bihar. Kawasan yang agak mundur berbanding tempat lain. Elektriknya guna generator, airnya pakai pam tangan totally sedut dari bawah tanah dan kipasnya guna kipas tangan. Ke ke ke! 30 hari bermusim panas di situ dapatlah bermujahadah di 9 buah masjid. Laporan penuh menyusul lepas gua balik Malaysia nanti.

Meh gua nak ajar bahasa Urdu/Hindi sikit.

Aap ka kya naam hai?
(What is your name?)

Mera naam hai Abdul X. (Kat sini nama gua bertukar dari Mohd X ke Abdul X)
(My name is Abdul X.)

Khairiet? / Aap kaise ho?
(Apa kahbar?)

Alhamdulillah, tige' / acha.
(Alhamdulillah, fine)

Dost dost na raha
(Friend is friend, no more)
Pyar pyar na raha
(Love is love, no more)
Zindagi hum istarah
(Life is same)

Ini lagu dalam filem Sangam. Cacat sikit terjemahannya.


Nabi SAW saat wafatnya mengulang 3 perkara;

Ummati, ummati, ummati.
Solat, solat, solat.
Nisa, nisa, nisa.

Tapi gua sebelum tidur tambah lagi satu perkara;

Isteri, isteri, isteri.


Sebelum gua chalow, ini satu hadiah buat lu orang. Satu cerita di masa depan.

Pada satu hari di negeri akhirat, seorang yang tak hensem, miskin, bibir tebal dan lain-lain lagi yang tak kool terkejut dengan amalan yang ditimbangnya lalu bertanya kepada Allah.

"Ya Allah. Macam mana dalam list amalan aku ni ada pahala buat haji, bina madrasah, bagi sedeqah dan lain-lain. Padahal dulu aku di dunia tak punya apa-apa harta pun. Pergi haji pun tak pernah."

Lalu Allah menjawab, "Dulu kau di dunia menyeru orang buat kebaikan. Kau ajak orang kaya pergi haji. Kau anjurkan orang bersedekah, bina madrasah dan lain-lain."

Eh jap gua tambah satu lagi hadiah. Hadiah (doa) untuk orang yang memendam rasa cinta kepada seseorang.

Ahabbakallazi ahbabtanilahu.
(HR Daud)
Kurniakan rasa cinta beliau kepadaku seperti mana rasa cinta yang aku kepada beliau.
(Maaf, maksud lebih kurang. Nak real punya maksud cari sendiri.)

Okesalam!

From Nizamuddin, Delhi With <3

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.
Related Posts with Thumbnails