20.11.12

Last but not least.

Nahmaduhu wanusholli 'ala rosulihil karim.
Ammaba'du.

Kami memuji kepada Allah SWT dan berselawat ke atas junjungan mulia Muhammad SAW.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini merupakan entri pelik dan terakhir buat masa inilah kot. Gua kena fikir 150 juta kali untuk menulis kali ini. Susah lain macam sikit nak menulis kali ni tambah-tambah part last-last. Sebab entri last kan.

Okelah beb. Kali ni gua nak cerita pasal pekerjaan seorang nelayan. Kalau gua cerita berjela-jela pun pasal pekerjaan seorang nelayan dekat sini, lu orang hanya akan tahu tentang pekerjaan seorang nelayan saja. Perkara tersebut dinamakan info atau maklumat.

Kendian lu orang Gugel pulak gambar-gambar nelayan, bot-bot yang digunakan. Kendian lu layan pulak blog seorang nelayan. Maka at the end, lu orang boleh imagine serba sedikit pasal pekerjaan nelayan. Lu orang tahu seorang nelayan kerjanya tangkap ikan. Turun ke laut tinggal anak bini di rumah berminggu-minggu. Lu orang tahu mereka bersabung nyawa untuk mencari rezeki di samudera sana.

Tapi in the end, lu orang hanya TAHU saja tentang pekerjaan seorang nelayan. Faham tak TAHU? TAHU!

TAHU dan FAHAM adalah sedikit perkara yang berlainan. Seseorang akan lebih memahami pekerjaan nelayan itu bila dia menghayati pekerjaan tersebut.

Untuk menghayatinya, seseorang perlu tinggalkan kerusi empuknya di hadapan komputer dan bersedia untuk melapangkan masanya mungkin dalam seminggu dua untuk mengikut para nelayan turun ke laut.

Faham tak setakat ni?

Seseorang akan tahu tentang kerja seorang nelayan dari bermacam-macam sumber. Mungkin dari penceritaan atau dari pembacaan. Dari internet dan sebagainya. Dari atas kerusi empuk atau tilam empuk sambil melayari internet menggunakan Galaxy Tab 10.1.

Tapi seseorang akan lebih memahami menerusi penghayatan apabila dia meninggalkan suasana kondusifnya lalu melapangkan diri mengikut para nelayan turun ke laut barang seminggu dua.

Bila dia mengikut nelayan turun ke laut, barulah dia faham perasaan meninggalkan anak isteri di rumah bagaimana. Barulah dia faham tidur di dalam bot yang terumbang-ambing bukanlah satu perkara selesa. Barulah dia faham makan makanan di atas bot tidaklah sesedap mana (kecuali nikmat makan ikan segar). Barulah dia faham bau busuk ketiaknya macam mana setelah berjemur di atas bot berminggu-minggu. Barulah dia faham segala-galanya tentang apa itu nelayan.

Tapi in the end, syukurlah dia hanya melapangkan diri seminggu dua saja di tengah laut. Lalu dia kembali ke kehidupan asalnya yang cukup kondusif itu. Namun sekurang-kurangnya dia sudah faham tentang apa itu nelayan dan sudah merasai sendiri hitam putih kehidupan nelayan.

Dan level last sekali setelah TAHU dan FAHAM adalah macam mana nak dapat fikir risau nelayan itu sendiri?

Cara untuk dapatkan fikir risau seorang nelayan adalah kali ini dia harus meninggalkan pekerjaannya sekarang dan buat keputusan untuk jadikan pekerjaan nelayan sebagai kerjanya.

Bila dia sudah jadikan pekerjaan nelayannya sebagai maksud hidup, maka dia akan bergantung sepenuhnya dengan pekerjaan tersebut. Maka kali ini dia bukan pergi ke laut untuk seminggu dua, tapi untuk sepanjang hidupnya kerana laut menjadi sumber dan punca rezekinya. Bukan untuk dirinya saja, tetapi untuk keluarganya.

Kalau dia tidak ke laut, anak isterinya tak ada duit untuk makan dan minum di rumah. Tak ada duit untuk ke sekolah. Kali ini dia akan mula risau apabila musim tengkujuh melanda. Kerana dia tidak dapat ke laut lagi. Dia akan terus fikir dan fikir apa yang perlu dilakukan untuk survive sebagai seorang nelayan.

Pada waktu itu, Fesbuk, laptop, Galaxy Tab 10.1, kerusi empuk, tilam empuk dan sebagainya bukanlah satu perkara pokok yang enak dibincangkan dalam perbicaraan seharian.

Setakat ini lu orang faham kan?

Maka begitu juga dengan kerja dakwah hari ini. Kita sekadar tahu bila kita banyak membaca, mendengar cerita dan sebagainya. Kita hanya tahu Nabi SAW berdakwah bagaimana. Nabi dicaci dihina macam mana. Para sahabat diseksa lagu mana.

Semua orang tahu tentang kisah Nabi dicerca di Taif sewaktu peringkat awal dakwahnya. Semua orang tahu kisah Nabi SAW dipulau apabila menyampaikan dakwahnya. Semua orang tahu bermacam-macam kisah dakwah Nabi SAW yang kita sayangi. Tapi sayangnya, kita sekadar TAHU dan TAHU.

Kemudian alhamdulillah, Allah SWT bagi kita taufik untuk bergerak dari depan laptop kita. Berganjak dari kerusi dan tilam empuk kita. Keluar menghayati gerak kerja dakwah Nabi SAW.

Waktu itu kita rasa bagaimana perasaannya bila dimaki manusia. Kita mula rasa bagaimana perasaannya bila dipulau manusia. Kita akan rasa bagaimana rasanya dibenci manusia. Kita rasa macam mana malunya muka nak ke rumah setiap manusia untuk sampaikan tentang besarnya kalimah Lailahailallah. Allahu!

Waktu itu kita rasa macam mana sakitnya belakang kita tidur beralaskan bedding seinci dari lantai jika nak dibandingkan dengan tilam 10 inci di rumah sambil berdampingan dengan isteri yang putih gebu. Waktu itu baru kita tahu macam mana berbiratnya badan Nabi SAW yang hanya tidur berlapikkan tikar.

Waktu itu kita rasa macam mana peritnya berpisah dengan anak bini buat sementara, jika nak dibandingkan dengan para sahabat RHUM yang kekadang berpisah sampai bertahun-tahun lamanya dan ada juga yang berpisah buat selama-lamanya bila gugur syahid atas nama perjuangan agama.

Alhamdulillah. Allah bagi peluang kepada kita hayati macam mana kerja seorang Nabi SAW. Bagi peluang kepada kita sekejap-sekejap 3 hari, 40 hari, 4 bulan rasa macam mana orang terdahulu bersusah payah buat kerja agama.

Namun begitu, kita masih belum dapat fikir risau Nabi SAW selagi mana kita belum buat keputusan untuk jadikan kerja dakwah ini sebagai maksud hidup kita. Kita masih belum dapat fikir risau Baginda SAW selagi mana kita masih gagal letakkan takaza agama di hadapan lebih dari segalanya. Kita masih belum dapat fikir risau mereka yang terdahulu selagi mana kita masih banyak menghabiskan masa kita di pejabat lebih dari masa kita jumpa manusia mendakwah kalimahNya.

Maka hari ini cara untuk kita dapat fikir risau Baginda iaitu macam mana seluruh umat ini dapat selamat dari Neraka Allah SWT dan dapat masuk syurgaNya, macam mana seluruh umat ini dapat ucap kalimah Lailahaillallah adalah dengan jadikan kerja Nabi SAW ini sebagai kerja kita.

Amalan dan usaha kita hari ini adalah bergantung kepada fikir risau yang ada pada kita. Bila fikir risau kita tinggi terhadap diri, keluarga dan umat ini, maka kita akan lebih banyak menangis dari ketawa. Kita akan lebih banyak berjaga dari terlena. Akan lebih banyak berlapar dari bergembira. Akan lebih banyak bersusah dari berangan panjang berjela. Sebab terlalu risau. Risaukan umat Baginda.

Kita akan banyak usaha jumpa orang. Kita akan banyak amal bangun malam. Oh!

Atas maksud itu, semoga semua kita sedia untuk jadikan kerja ini sebagai maksud hidup kita semua insyaAllah.

"InsyaAllah...", jawab para pembaca yang budiman.

...

Maka dengan itu, gua cuma nak kabor bersempena dengan penutupan kilang gua hujung tahun nanti, gua pun nak belajar-belajar melapangkan masa untuk menelusuri selok-belok kerja yang telah ditinggalkan Nabi SAW ini kepada kita.

"Ini Bijen. Kerja dekat kilang XXX. Kilang dia nak tutup dah hujung tahun ni. So sekarang dia full-time buat kerja dakwah", kata Jidin sewaktu memperkenalkan gua dekat seorang kawannya.

Gua tersengih-sengih jelah. Moga doa itu jadi kenyataan.

Tapi sekarang ni gua seriuslah. So datsewai gua kata ni mungkin entri gua yang kali terakhir buat masa ini. Sampai kita berjumpa lagi di lain masa. Tak di sini, insyaAllah di sana di dalam syurga. Hari Khamis nanti last day kot gua jeling laptop ni.

Waktu nak melangkah kaki keluar rumah, jangan lupa baca "Ya Allah, janganlah Kau kembalikan aku ke rumah ini lagi. Terimalah aku Ya Allah."

Haa gitu!

And last but not least, burung ni tak mampu terbang jauh kalau tak cukup lagi sebelah sayap. Nabi SAW pun buat kerja dakwah bila dah ada Khadijah RHA di sisinya. Maka gua yang lemah ini pun nak kena pasang sayap lagi sebelahlah.

Oleh sebab itu, kalau ada rezeki dan jodoh insyaAllah nak jemput semua-semua kat sini ke majlis seperti di bawah ini. Maka biarlah poster di bawah bicara sendiri yek!

<< Poster >>

Sekian, doakan agar Allah SWT ambil nyawa gua dulu atau Allah SWT bagi chance kahwin dulu. Mana yang terbaik untuk kami insyaAllah.

Kalau ada hutang apa-apa tolong tuntut sebelum Khamis ni. Kalau lepas tu, tolong halalkan dulu yek. Kalau kita jumpa lagi, tuntut balik. Juga nak minta maaf dekat semua kalau ada salah silap atas segalanya. Peace!

Kini tiada lagi rahsia.

Wassalam.

n/s: Terpaksa gua jemput awal pasal gua hanya akan pulang di hari nikah nanti insyaAllah.

n/s/s: Dan untuk para isteri yang sedang ditinggalkan atau bakal ditinggalkan oleh para nelayan ni, lu orang hanya perlu jaga tiga amalan saja. Pertama, jaga solat lima waktu. Dalam erti kata lain, jaga solat awal waktu. (Tatkala cinta kita berdua bertemu di atas tikar sejadah di hadapan Maha Esa. Ceewah!) Kedua, puasa. Dan ketiga, memelihara maruah dan taat suami. Tak payahlah nak minta amalan-amalan lain bagai. Buatlah yang itu dulu. Kalau yang itu pun kantoi, tak payahlah nak memikir amalan-amalan tinggi yang lain.

n/s/s/s: Gua fikir 150 juta kali nak tekan butang 'Publish' kali ni. Uhuh! >_<

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

36 Komplen:

Tanpa Nama berkata... [Reply]

Nahmaduhu wanusholli 'ala rosulihil karim.
Ammaba'du.

Kami memuji kepada Allah SWT dan berselawat ke atas junjungan mulia Muhammad SAW.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini merupakan entri pelik dan terakhir buat masa inilah kot. Gua kena fikir 150 juta kali untuk menulis kali ini. Susah lain macam sikit nak menulis kali ni tambah-tambah part last-last. Sebab entri last kan.

Aishah Nur Hakim berkata... [Reply]

barakallahufik bijen :)

Tanpa Nama berkata... [Reply]

bestnye da nak kawen da dia.. tahniah bro =)

نور توفيقة ادريس berkata... [Reply]


Alhamdulillah..
Barakallah:))

Nurin Farhanah berkata... [Reply]

alhamdulillah

aku doakan Allah sentiasa berkati ko, bakal isteri kau

aku harap masa depan kau, atas dunia ni dan akhirat sana cerah

may Allah bless...

Pencari Allah berkata... [Reply]

Tahniah bijen, selang seli fikir dunia dan kematian.

fatinadiah berkata... [Reply]

tahniah bro :-D

Bijen M. berkata... [Reply]

@Aishah Nur Hakim
Jazakillah khoir.
:))

Bijen M. berkata... [Reply]

@Tanpa Nama
Best ke?
Hek!
:D

Bijen M. berkata... [Reply]

@Nurin Farhanah
Amin.
Semoga Allah membalas kebaikannya pada kau juga.
:D

Bijen M. berkata... [Reply]

@Pencari Allah
Selang seli takpa.
Jangan terus lupa.

Bijen M. berkata... [Reply]

@fatinadiah
Lu bila lagi?

Embun Melati berkata... [Reply]

Alhamdulillah..tahniah ya Bijen M.

Alf Mabruk!:)

Peah berkata... [Reply]

actually jeles.. sebab nak kawen jugakk! hahah

Bijen M. berkata... [Reply]

@Embun Melati
Jazakumullah khoir atas doa.
:)

Bijen M. berkata... [Reply]

@Peah
Meh la kawen.
:))

~fam~ berkata... [Reply]

barakallah bro...
semoga bercinta sampai syurga:)

Tanpa Nama berkata... [Reply]

gaya nya macam ustaz IBNU BATUTOO je...nama isteri x letak...mmg geng beliau ni ;p

Macy Humaira berkata... [Reply]

Tahu dan faham mmg berbeza.
Sama dengan dengar dan menghayati.

oh selamat pengantin baru.
semoga pulang sebagai nelayan berjaya.

ukhti,mardhiah berkata... [Reply]

Barakallah T.Bijen
:)
Wahh akhirnya..
Cpt2 update entry pasal walimah k
Tahniah!

kakibiskut berkata... [Reply]

doakan gua jgak bijen supaya istiqomah..
gua tak tau bila lagi dapat keluar 40 hari.. sadis... :(
lg satu barakallahulakuma...

zaujah muhammad.. berkata... [Reply]

barakallah humma...bagus cpt2 dirikn msjid..

~PENCHENTA~ berkata... [Reply]

Jen. Kenapa eh kena doa supaya tak dikembalikan ke rumah tu?

Abu Zarim Mohamad berkata... [Reply]

bijen kaweng!!!!...xajak lak tu,,haish....hihi

Umma-ali berkata... [Reply]

bijen tgh honeymoon, kne bolayan korang sume! sabau je le...

School Of Tots berkata... [Reply]

Tahniah Saudara Bijen M & pasangan atas hasrat murni membina sebuah masjid. Semoga binaannya kukuh dan hidup dengan zikrullah.

Sdra Bijen M, saya mohon kebenaran untuk menyiarkan coretan dalam posting ini ke dalam buku saya AKU SEORANG KARKUN. Semoga keizinan Saudara menjadi pil mabuk laut yang bisa melega loya dan mual seorang nelayan laut dalam.

Bijen M. berkata... [Reply]

@~fam~
:))
Berkahwin dapat rasa bayang-bayang nikmat syurga.

Bijen M. berkata... [Reply]

@Tanpa Nama
InsyaAllah.
Kalau dah kata orang Islam, umat Nabi tu, genglah kita.
Geng di dunia, geng di akhirat.
Bukan dengan Ust Ibnu Batoota je.

Bijen M. berkata... [Reply]

@Macy Humaira
Dapat bawak balik ikan Joss.
Hak hak!
:D

Bijen M. berkata... [Reply]

@ukhti,mardhiah
Sampai hati Mard...

Bijen M. berkata... [Reply]

@kakibiskut
Pasai pulak taktau?
Tetiap tahun kena keluaq.
Ha ha ha!
Azamlah satu tarikh insyaAllah.
Semoga Allah permudahkan.

Bijen M. berkata... [Reply]

@zaujah muhammad..
Alhamdulillah selamat dah!
:D

Bijen M. berkata... [Reply]

@~PENCHENTA~
Ni ikut sunnah satu orang sahabat tu.
Bila dia nak keluar rumah pergi medan jihad, dia minta agar Allah tak kembalikan ke rumahnya.
Allah pilih dia syahid.
Bila nak bawa balik jasad dia, kuda dia takmau patah balik rumah.

Ni nak tunjuk azam agar Allah pilih syahid di jalanNya.

Bijen M. berkata... [Reply]

@Abu Zarim Mohamad
Mehlah.
Majlis dah sudah.
Hek hek!

Bijen M. berkata... [Reply]

@Umma-ali
Bini kata:
Nanti tu mengadu ke le tu umi kata bini tak bagi masa main leptop.
T_T

Bijen M. berkata... [Reply]

@School Of Tots
InsyaAllah.
Coretan ni tak ada apa-apa pun.
Moga jadi asbab hidayat seluruh alam.

Bila dah siap buku jangan lupa pos ye!
:D

Related Posts with Thumbnails